Skip to main content

Dunia

Polis Johor terima 16 aduan mengenai buku bekas peguam negara M'sia Tommy Thomas

Pelbagai pihak sudah membuat aduan polis berhubung kandungan buku itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor terima 16 aduan mengenai buku bekas peguam negara M'sia Tommy Thomas

Bekas Peguam Negara Malaysia, Tommy Thomas. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Feb 2021 10:04PM Dikemas Kini : 06 Feb 2021 10:07PM

JOHOR BAHRU: Polis Johor sehingga kini menerima 16 aduan daripada pelbagai pihak berhubung penerbitan buku berbentuk memoir bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, sejak isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai beberapa hari lalu.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama memberitahu menyusuli laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Encik Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mempertikai bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' yang didakwa mereka antaranya mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.

Pelbagai pihak sudah membuat aduan polis berhubung kandungan buku itu, antaranya ialah pergerakan Pemuda UMNO Johor yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang tadi (6 Feb).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita