Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor siasat konvoi kereta sport S'pura potong jalan, pandu secara merbahaya

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor siasat konvoi kereta sport S'pura potong jalan, pandu secara merbahaya

(Gambar: Tangkapan skrin video)

Diterbitkan : 20 Jul 2022 06:16PM Dikemas Kini : 20 Jul 2022 09:28PM
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menyiasat sebuah konvoi kereta sport yang berdaftar di Singapura kerana memandu secara merbahaya ketika memotong kenderaan lain di lebuh raya berdekatan Kota Tinggi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (19 Jul), Ketua Polis Johor Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata: "Pada 17 Jul, sekitar 8.55 malam, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi mengenal pasti satu rakaman video di Facebook yang menunjukkan sebuah konvoi tujuh kenderaan yang memandu dan memotong kenderaan lain secara merbahaya, dalam cara yang boleh menyebabkan kemalangan."

Beliau menambah insiden tersebut berlaku di kilometer 42 di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi menghala ke bandar Kota Tinggi.

Kenyataan tersebut juga menyenaraikan nombor plat kesemua tujuh kenderaan yang berdaftar di Singapura itu.

Video yang disebarkan polis menunjukkan kereta-kereta tersebut memotong sebuah kenderaan di tengah-tengah lalu lintas trafik dari arah bertentangan.

Rakaman tersebut dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang pemandu yang bukan sebahagian daripada konvoi tersebut.

Dalam satu video, sebuah kereta putih dilihat memotong kenderaan yang sedang dipandu oleh perakam video tersebut dan mengelak dua kereta yang sedang datang dari arah bertentangan.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta sport hitam juga memotong kenderaan yang sama, nyaris-nyaris menyebabkan sebuah kereta dari arah bertentangan untuk membelok ke tepi lebuh raya tersebut.

Superintenden itu berkata pihak polis sedang berusaha untuk mengenal pasti ketujuh-tujuh pemandu konvoi tersebut.

Beliau juga menggesa pemilik tujuh kenderaan itu supaya tampil ke balai polis Kota Tinggi untuk membantu dengan siasatan.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan