Polis Johor siasat kes tular 2 lelaki gaduh di CIQ Bangunan Sultan Iskandar
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Polis Malaysia sedang mengesan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan yang tular di media sosial melibatkan dua lelaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat berkata, pihaknya menerima satu video tular kira-kira pukul 5.30 petang pada Khamis (13 Nov) yang memaparkan pergaduhan di lokasi berkenaan, lapor Sinar Harian.
"Hasil semakan mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.
"Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan video tersebut di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejas keharmonian masyarakat,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
Awal dari itu, tular video di media sosial menunjukkan situasi sesak di CIQ dengan beberapa penumpang menunggu untuk menaiki bas dan kemudian dua individu dilihat bergaduh serta bertumbuk sehingga terjatuh.
Perkongsian video tular itu menarik perhatian ramai yang menggesa agar kerajaan dan agensi berkaitan pengangkutan awam memperbaiki sistem kawalan penumpang bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutama pada waktu puncak di BSI.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.