Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor nafi dakwaan kes culik, nota suara pernah tular pada 2019

Polis menafikan terdapat kejadian penculikan, pembunuhan serta pengambilan organ dalaman kanak-kanak di Malaysia seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook pada Khamis (17 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Polis menafikan terdapat kejadian penculikan, pembunuhan serta pengambilan organ dalaman kanak-kanak di Malaysia seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook pada Khamis (17 Mac).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati nota suara yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di Kahang, Kluang, Mersing dan Masai itu merupakan audio lama yang pernah tular pada 2019.

“Perbuatan (penyebaran nota suara) tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai. 

"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 (S$16,210) atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Encik Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sedemikian yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan