Polis Johor lupus dadah bernilai RM68.8j hasil rampasan sejak tahun 2000
Polis Johor melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM68.88 juta (S$20.97 juta) yang dirampas dari seluruh negeri itu sejak 2000 hingga tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Polis Johor melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM68.88 juta (S$20.97 juta) yang dirampas dari seluruh negeri itu sejak 2000 hingga tahun lalu.
Ketua Polis Johor M Kumar berkata dadah terbabit melibatkan 6,630 kes yang telah selesai proses prosiding mahkamah dan mendapat arahan dilupuskan.
“Kesemua kes ini telah disabitkan hukuman dan sudah melalui proses rayuan. Barang-barang yang akan dilupuskan hari ini telah selesai sepenuhnya dari sudut perundangan dan proses mahkamah.
“Ia mengambil masa lama dari tahun 2000 kerana kita perlu menunggu proses mahkamah sehingga peringkat rayuan terakhir dan ada kes yang dituduh di mahkamah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, proses rayuan adalah sampai ke Mahkamah Persekutuan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis (10 Okt).
Beliau berkata semua proses pelupusan itu akan dibuat di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd dengan membabitkan kos RM73,000 (S$22,225).
“Proses pelupusan itu akan dikawal ketat polis pengiring bermula dari pergerakan di IPK Johor ke lokasi sehingga tamat sepenuhnya proses berkenaan hari ini,” katanya sambil menambah pelupusan itu melibatkan berat keseluruhan 989.21 kilogram dadah dan 7,479.9 liter cecair dadah.
Beliau berkata antara dadah yang dilupuskan adalah heroin seberat 53.36 kg, kanabis (19.86 kg), ketamin (45.27 kg), methamphetamine (446.21 kg), methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (1.16 kg) dan daun ketum (339.12 kg).
“Tahun lepas, kita telah melupuskan pelbagai jenis dadah dan peralatan berkaitan dengan nilai keseluruhan RM5.43 juta (S$1.6 juta) melibatkan 3,214 kes yang telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.