Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor jangkakan kesesakan lalu lintas 'luar biasa' di Koswe, Linkedua jelang cuti Tahun Baru Cina

Polis Johor menjangkakan aliran trafik "luar biasa" di Koswe dan Linkedua, Iskandar Puteri, terutama sekali pada waktu sibuk menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada Ahad ini (22 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor jangkakan kesesakan lalu lintas 'luar biasa' di Koswe, Linkedua jelang cuti Tahun Baru Cina

Pemandangan koswe yang menghubungkan Singapura dengan negeri Johor, Malaysia. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

JOHOR BAHRU: Polis Johor menjangkakan aliran trafik "luar biasa" di Koswe dan Linkedua, Iskandar Puteri, terutama sekali pada waktu sibuk menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada Ahad ini (22 Jan).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata buat masa ini, lebih 100,000 kenderaan menggunakan dua laluan itu sementara lebih 100,000 pengguna melalui Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Bilangan kereta dijangka akan meningkat sehingga dua ke tiga kali ganda terutama waktu-waktu tertentu.

“Mungkin dalam sehari, dua hari sebelum Tahun Baru Cina dan dua tiga hari selepas sambutan perayaan itu,” katanya kepada wartawan selepas selepas melakukan lawatan Rumah Selamat di sebuah pusat beli- belah di Johor Bahru pada Selasa (17 Jan). 

Encik Kamarul Zaman berkata jumlah anggota dan pegawai polis juga akan ditambah daripada 120 kepada 250 pegawai, terutama sekali pada waktu sibuk untuk mengawal keselamatan dan lalu lintas, bersama dengan agensi-agensi berkaitan yang lain.

Menurutnya melalui Op Selamat, sebanyak 61 tempat dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kesesakan lalu lintas dan 38 lokasi kerap berlaku kemalangan di Johor, juga akan diberikan keutamaan sepanjang 10 hari mulai Rabu (18 Jan).

Encik Kamarul Zaman juga menasihati orang ramai yang ingin membuat perjalanan pulang ke kampung masing-masing supaya memaklumkan kepada balai polis berhampiran supaya rumah mereka dapat dipantau dan diperiksa dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perayaan itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan