Skip to main content

Dunia

Polis Johor buru lelaki baling bom di restoran

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor buru lelaki baling bom di restoran

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 15 May 2023 05:08PM Dikemas Kini : 15 May 2023 05:09PM
JOHOR BAHRU: Polis sedang memburu seorang individu yang melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad pada pagi Sabtu (13 Mei).

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 4.15 pagi dan dua video berkenaan insiden itu tular dalam media sosial.

"Pihak polis menerima maklumat kejadian ini pada jam 10 pagi semalam dan sebelum itu anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima laporan polis pada jam 5.27 pagi kelmarin.

"Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (15 Mei), lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah, dipetik daripada Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita