Skip to main content

Dunia

Polis Johor buru 3 lelaki menyamar polis, kejar kereta menuju ke Genting dari SG

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor buru 3 lelaki menyamar polis, kejar kereta menuju ke Genting dari SG

3 lelaki dipercayai menyamar sebagai polis, kejar kereta menuju ke Genting dari SG. (Petikan gambar dari video Facebook Freeman Gan WT)

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki sedang diburu kerana dipercayai menyamar sebagai polis dan mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai.

Insiden ini tular di media sosial hari ini (5 Jun).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi 27 saat itu daripada seorang anggota polis pada 1.52 tengah hari.

"Satu video dimuat naik oleh seorang pemilik akaun 'Freeman Gan WT' di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya," menurut Superintenden Yusof.
"Suspek dipercayai tiga lelaki, yang memakai pelitup muka dan menggunakan lampu mata arah biru seakan pasukan polis, telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan yang dipandu," tambahnya.

Mangsa bagaimanapun belum hadir ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kejadian itu. Polis pula masih cuba mengesan pemilik kedua-dua kenderaan.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita