Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Johor bongkar sindiket guna warga asing kurang upaya jadi pengemis; diupah RM300 sebulan

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Johor bongkar sindiket guna warga asing kurang upaya jadi pengemis; diupah RM300 sebulan

Seorang wanita mengemis di Kuala Lumpur. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Jul 2024 09:49PM Dikemas Kini : 09 Jul 2024 09:51PM
JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya membongkar sindiket pemerdagangan yang mengupah warga asing dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) untuk menjadi pengemis di negeri itu dengan gaji RM300 (S$86) sebulan.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya turut menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 42 hingga 53 tahun yang bertindak selaku penjaga dan pengangkut kepada OKU terbabit.

Beliau berkata, serbuan hasil maklumat awam itu dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya tersebut bermula pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam pada 13 Jun lalu.

"Modus operandi digunakan sindiket adalah menawarkan pekerjaan sebagai pengemis kepada OKU terlibat, sebelum diberikan kepada penjaga yang akan menguruskan hal berkaitan tempat tinggal dan kutipan secara mingguan.

"Mangsa dua OKU lelaki berusia 44 dan 50 tahun itu bukan sahaja perlu membayar RM800 (S$230) seminggu bagi urusan pasport, tetapi juga wang kutipan diserahkan kepada penjaga secara mingguan, manakala gaji diterima OKU sebagai pengemis hanya RM300 (S$86) sebulan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru pada Selasa (9 Jul).

Encik Kumar berkata sindiket itu beroperasi sejak April lalu dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 (S$2,230) sebulan.

"Pertuduhan telah dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. 

"Suspek yang merupakan penjaga hadir di mahkamah dan mengaku tidak bersalah (atas pertuduhan ini) serta diberi jamin RM12,000 (S$3,440) , manakala dua pengangkut dikenakan waran tahan dan tangkap oleh mahkamah kerana tidak menghadiri prosiding tersebut," katanya.

Sementara itu, Encik Kumar berkata kedua-dua mangsa yang diselamatkan kini ditempatkan di rumah perlindungan sementara selama 21 hari mengikut peruntukan akta sama.

 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan