Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Jepun hilang dokumen siasatan mengandungi butiran 400 orang

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Dokumen siasatan yang mengandungi butiran peribadi sekitar 400 orang termasuk suspek jenayah dihilangkan seorang pegawai polis Jepun yang berada dalam keadaan mabuk dan kemudiannya, tertidur di jalanan, menurut polis dan media tempatan.

Pegawai yang berusia 49 tahun itu hilang sebuah beg yang mengandungi dokumen berkenaan antara pukul 11.00 malam pada Jumaat (12 Ogos) dengan 5.00 pagi pada Sabtu (13 Ogos) di barat wilayah Hyogo.

Menurut saluran media Jepun yang menukil pihak polis, pegawai tersebut keluar minum bersama rakan kerjanya dan tertidur sedang dia berjalan pulang dengan beg tersebut.

Apabila dia terjaga daripada tidurnya di sebuah stesen kereta api, dia tidak dapat menjumpai beg yang mengandungi dokumen penting tersebut.

Ini bukan pertama kali pegawai dilaporkan terlibat dalam kejadian pecah amanah berhubung data selepas sesi meminum.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa di bandar Amagasaki menyatakan bahawa seorang kontraktor hilang sebuah beg yang diisi sebuah jalur ingatan USB (memory stick), yang mengandungi data peribadi semua 460,000 penduduk selepas kontraktor berkenaan keluar untuk minum lalu tertidur di luar rumah dalam perjalanan pulang. Namun, USB tersebut ditemui setelah sehari kejadian itu dilaporkan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan