Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis jangka kenderaan yang masuk Johor, termasuk dari SG naik lebih 300,000 sehari bermula Sabtu

Anggaran Waktu Membaca:
Polis jangka kenderaan yang masuk Johor, termasuk dari SG naik lebih 300,000 sehari bermula Sabtu

Gambar fail kenderaan memasuki CIQ Johor.

Diterbitkan : 06 Apr 2024 08:49PM Dikemas Kini : 06 Apr 2024 08:50PM
JOHOR BAHRU: Polis Johor menjangkakan kenderaan yang memasuki negeri itu, termasuk dari Singapura akan meningkat lebih 300,000 sehari bermula Sabtu (6 Apr).

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, kesesakan dan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya dan jalan-jalan negeri Johor akan berlaku susulan anak perantau mula pulang ke kampung dan cuti serentak di Singapura, lapor Sinar Harian.

"Biasanya purata kenderaan harian yang melalui lebuh raya kira-kira 100,000 kenderaan sehari.

"Namun begitu, kita jangka berlaku kesesakan dan peningkatan kenderaan sebanyak tiga kali ganda, iaitu sebanyak 300,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sempena Op Selamat Hari Raya Aidilfitri, di Plaza Tol Kempas di Johor Bahru, pada Sabtu.

Polis Johor menjangkakan kenderaan yang memasuki negeri ini, termasuk dari Singapura akan meningkat lebih 300,000 sehari bermula Sabtu.

Polis Johor menjangkakan kenderaan yang memasuki negeri ini, termasuk dari Singapura akan meningkat lebih 300,000 sehari bermula Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang.

Encik Kumar berkata, sebanyak 48 'hotspot' (kawasan sering berlaku kemalangan) dan 31 'blackspot' (kawasan kerap berlaku kemalangan maut) telah dikenal pasti di seluruh negeri Johor.

"Seramai 1,730 pegawai dan anggota trafik akan membuat pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri, khususnya di lokasi titik panas dan kawasan dijangka berlaku peningkatan kenderaan.

"Antara kawasan terbabit ialah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dan Johor Bahru dan Kota Tinggi," katanya.

Sementara itu, Encik Kumar memberitahu dua anggota polis ditahan selepas dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki membabitkan nilai RM2,000 di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) direman selama dua hari bermula Sabtu.

Menurut laporan Sinar Harian, penahanan kedua-dua anggota polis berusia antara 32 hingga 35 tahun itu dibuat pada Jumaat (5 Apr), susulan laporan dibuat oleh mangsa.

Mangsa mendakwa ketika melalui pemeriksaan di BSI, dia telah ditahan dua anggota polis terbabit kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Suspek memeras ugut mangsa supaya membayar RM2,000 (S$570) bagi mengelak ditangkap dan ditahan di lokap polis.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan