Polis Jakarta kerah 2,000 anggota jelang debat calon naib presiden Indonesia
Calon-calon presiden dan naib presiden Indonesia berdepan antara satu sama lain dalam debat yang disiarkan secara langsung pada Selasa malam (12 Dis). (Gambar: CNA/Danang Wisanggeni)
Debat itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) pada Ahad (21 Jan), lapor Antara.
Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Pesuruhjaya Kanan Ade Ary Syam Indradi dalam satu kenyataan bertulis pada Sabtu (20 Jan) berkata tidak ada penutupan jalan raya di kawasan sekitar semasa debat berlangsung.
"Justeru, kami meminta sokongan dan kerjasama daripada semua pihak...," katanya.
Sementara itu, Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU) mengumumkan bahawa 11 ahli panel telah mengesahkan kesediaan untuk mengambil bahagian dan telah dikuarantin dua hari sejak Jumaat (18 Jan).
Ahli panel kebanyakannya terdiri daripada ahli akademik dan pengamal yang merupakan anggota pertubuhan masyarakat sivil.
Siri debat itu adalah sebahagian daripada kempen Pilihan Raya Indonesia 2024.
Debat keempat itu akan menampilkan tiga calon naib presiden iaitu Muhaimin Iskandar, Gibran Rakabuming Raka dan Mahfud MD.
Antara topik-topik yang akan diketengahkan antaranya berkaitan isu sumber asli, masyarakat orang asli, alam sekitar dan tenaga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.