Polis Indonesia tembak mati suspek serangan gereja Surabaya
Polis Indonesia menembak mati sekurang-kurangnya seorang suspek penyokong ISIS yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas di sebalik pengeboman gereja di Surabaya, Indonesia.

Polis Indonesia di lokasi insiden tembak-menembak. (Gambar: Amy Chew)
SURABAYA: Polis Indonesia menembak mati sekurang-kurangnya seorang suspek penyokong ISIS yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas di sebalik pengeboman gereja di Surabaya, Indonesia.
Insiden tembak-menembak itu berlaku di sebuah rumah penginapan sekitar 5.00 petang waktu tempatan (6.00 petang waktu Singapura) semalam (15 Mei).
Mejar Jeneral Petrus Golose memberitahu Mediacorp bahawa seorang lelaki terbunuh dalam insiden tembak-menembak itu.
Ditanya sama ada lelaki itu adalah anggota Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang melancarkan serangan-serangan nekad di bandar tersebut sepanjang dua hari lalu, Mejar Jeneral Petrus berkata “ya”.
Namun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut.
Sebuah keluarga enam beranak membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 40 yang lain menyusuli beberapa serangan bom termasuk satu yang berlaku di luar pekarangan gereja di Surabaya Ahad lalu (13 Mei).
Pada keesokan hari pula (14 Mei), sebuah lagi keluarga lima beranak yang menunggang dua motosikal, melancarkan serangan bom di pusat pemeriksaan polis di bandar tersebut, mencederakan 10 orang dan mengorbankan dua yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.