Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Indonesia tangkap 2 pengendali akaun FB LGBT

Polis Indonesia menangkap dua lelaki yang didakwa mengendalikan akaun Facebook untuk memudahkan pertemuan golongan homoseksual dan khidmat berkaitan seks lain, kata seorang pegawai kanan di wilayah Jawa Barat hari ini (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia tangkap 2 pengendali akaun FB LGBT

Terdapat permusuhan yang kerap ditunjukkan kepada masyarakat LGBT di Indonesia. (Gambar: Photo: Chaideer Mahyuddin/AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2018 10:14PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 10:19PM

JAKARTA: Polis Indonesia menangkap dua lelaki yang didakwa mengendalikan akaun Facebook untuk memudahkan pertemuan golongan homoseksual dan khidmat berkaitan seks lain, kata seorang pegawai kanan di wilayah Jawa Barat hari ini (21 Okt).

Mereka didakwa melanggar undang-undang maklumat elektronik dengan menghasilkan dan menyebarkan kandungan pornografi, satu jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda maksimum 1 bilion rupiah (S$91,000).

Tiada undang-undang berkaitan isu homoseksual dikuatkuasakan di Indonesia, kecuali di wilayah konservatif, Aceh. Namun, negara itu menyaksikan lebih banyak serbuan yang menyasarkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), sehingga memaksa ramai dalam kalangan mereka menjalankan kegiatan secara sulit.

Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Khas Polis Jawa Barat, Hari Brata berkata kedua-dua suspek yang dikenali dengan singkatan nama IS dan IH, ditahan pada Khamis (18 Okt).

"Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan," kata Encik Brata, enggan mengulas lanjut.

Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan kerana didakwa menguruskan akaun Facebook dinamakan "Gay Bandung Indonesia" sejak 2015 dan kumpulan itu mempunyai 4,093 anggota, menurut polis di akaun Instagram.

Para aktivis hak gay berkata bahawa permusuhan yang kerap ditunjukkan kepada masyarakat LGBT akan menjejaskan usaha Indonesia menentang AIDS.

Terdapat lebih 46,000 kes jangkitan baru HIV di Indonesia pada 2017, dengan hampir 25 peratus daripadanya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, menurut data pemerintah dan UNAIDS. Kumpulan-kumpulan lain yang lebih terdedah kepada AIDS termasuk pekerja seks dan pesalah dadah yang menggunakan suntikan intravena.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan