Skip to main content

Dunia

Polis Indonesia serbu makmal dadah Ecstasy di Banten

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis Ecstasy dan menahan dua lelaki di wilayah Banten pada Khamis (1 Jun).

Pihak polis sebelum ini menerima maklumat mengenai bahan mentah dan peralatan memproses Ecstasy yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Tangerang.

Ketua agensi siasatan jenayah Pesuruhjaya Jeneral Agus Andrianto berkata siasatan lanjut membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah teres dua tingkat di Sindang Jaya, Tangerang.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam rumah itu menemui 9,517 pil Ecstasy, 593 pil berwarna kuning, 300 pil berwarna hijau, gelatin dan magnesium seberat 43.7 kilogram.

Makmal itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan serbuan sebelum ini di Semarang, Jawa Tengah, kata Encik Agus.

Pihaknya kini sedang memburu individu yang menghantar peralatan memproses dadah Ecstasy.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita