Polis Indonesia keluarkan larangan tunjuk perasaan di Papua
Indonesia secara rasmi mengharamkan aksi tunjuk perasaan di wilayah Papua, di mana rusuhan dan bantahan ganas tercetus sejak dua minggu lalu.
Bangunan musnah setelah rusuhan di ayapura, Papua, Indonesia, pada 30 Ogos 2019 dalam gambar yang dipetik oleh Antara Foto. (Gambar: Antara Foto/Gusti Tanati/REUTERS)
JAKARTA: Indonesia secara rasmi mengharamkan aksi tunjuk perasaan di wilayah Papua, di mana rusuhan dan bantahan ganas tercetus sejak dua minggu lalu.
Dalam satu catatan Twitter, polis Indonesia menyatakan semua orang diharam daripada mengadakan tunjuk perasaan dan menyebarkan pandangan kepada orang ramai, yang boleh mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kemudahan awam dibakar.
Bercakap di ibu kota Jayapura, Panglima Tentera Indonesia di Papua memohon semua pihak agar menahan diri daripada mencetuskan keganasan dan membenarkan agensi-agensi keselamatan, mengembalikan keamanan di wilayah Papua.
Semalam (1 Sep), pihak polis melaporkan telah membuat puluhan tangkapan berhubung rusuhan yang tercetus.
Pihak berkuasa Indonesia juga akan mengerahkan kira-kira 2,500 polis dan askar tambahan ke Papua.
Polis Indonesia juga mengharamkan sebaran berita palsu dan perbuatan membawa senjata tajam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.