Polis Indonesia bongkar pemerdagangan manusia sebalik latihan praktikal di Jerman
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Polri)
JAKARTA: Polis Indonesia sedang menyiasat rangkaian pemerdagangan manusia yang berselindung di sebalik program latihan praktikal di Jerman, dikenali sebagai Ferienjob.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah, program yang disertai penuntut universiti bertentangan dengan objektif Ferienjob, satu skim rasmi di Jerman untuk penuntut di sana bekerja semasa cuti semester.
“Mereka telah dieksploitasi untuk bekerja secara haram dan tidak mengikut prosedur,” kata Pengarah Jenayah Am, Brigedier Jeneral Djuhandhani Rahardji Puro dalam kenyataan.
Siasatan bermula susulan laporan Kedutaan Indonesia di Berlin mengenai empat pelajar yang meminta bantuan berhubung program latihan praktikal yang dijalani.
Pihak kedutaan mendapati seramai 1,047 penuntut daripada 33 universiti dihantar ke Jerman untuk menyertai program latihan praktikal haram tersebut.
Jeneral Djuhandhani berkata polis sudah mengenal pasti lima warga tempatan, tiga berada di Indonesia dan dua lagi berada di Jerman, untuk membantu siasatan.
Individu berkenaan dikatakan mempunyai peranan masing-masing, termasuk menjalinkan kerjasama dengan universiti dan agensi penempatan pelajar di Jerman, mempromosi program, pengurusan visa serta dokumen berkaitan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.