Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Indonesia berkas 6 orang didakwa rancang bunuh 5 pegawai negara

Polis Indonesia menangkap enam orang kerana didakwa merancang hendak membunuh lima orang termasuk beberapa pegawai negara semasa rusuhan di Jakarta minggu lalu menyusuli pengumuman rasmi keputusan pilihan raya Presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia berkas 6 orang didakwa rancang bunuh 5 pegawai negara

Polis Indonesia menangkap enam orang kerana didakwa merancang hendak membunuh lima orang termasuk beberapa pegawai negara. (Gambar: Antara Foto/Nova Wahyudi/ via REUTERS)

Diterbitkan : 28 May 2019 04:31PM Dikemas Kini : 28 May 2019 04:41PM

JAKARTA: Polis Indonesia menangkap enam orang kerana didakwa merancang hendak membunuh lima orang termasuk beberapa pegawai negara semasa rusuhan di Jakarta minggu lalu menyusuli pengumuman rasmi keputusan pilihan raya Presiden.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

Menurut polis rancangan pembunuhan itu sudah dibuat sejak Mac lalu.

Bagaimanapun polis tidak mendedahkan nama lima orang yang hendak dijadikan sasaran dalam rancangan pembunuhan itu.

Sungguhpun demikian salah satu portal berita tempatan Indonesia menyatakan bahawa sasaran-sasaran tersebut terdiri daripada tiga pegawai negara, seorang anggota parlimen dan seorang ketua badan tinjauan pendapat swasta.

Polis menyatakan beberapa orang suspek membawa senjata api seperti senapang dan pistol semasa bantahan minggu lalu dengan tujuan melaksanakan rancangan mereka apabila ada kesempatan.

Sumber : Reuters/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan