Polis Indonesia berkas 321 warga asing dalam operasi banteras perjudian haram online
Anggaran Waktu Membaca:
Dadu perjudian dan cip dilihat di atas papan kekunci dalam gambar ilustrasi ini pada 5 Jun 2020. (Gambar: Reuters/Dado Ruvic)
- Polis Indonesia menahan 321 warga asing, kebanyakannya dari Vietnam, dalam serbuan ke atas operasi perjudian online haram di Jakarta.
- Serbuan dilakukan di bangunan komersial berhampiran Chinatown, di mana sindiket mengendalikan lebih 70 laman web pertaruhan yang menyasarkan pemain luar negara.
- Pihak berkuasa mendapati ramai suspek melanggar undang-undang imigresen dan terlibat dalam pengubahan wang haram, dengan operasi dipercayai berjalan selama dua bulan.
- Penahanan ini mencerminkan peningkatan penguatkuasaan terhadap jenayah siber rentas sempadan, susulan peralihan operasi perjudian dari Kemboja ke Indonesia.
JAKARTA: Lebih 300 warga asing diberkas dalam serbuan ke atas operasi perjudian haram online di ibu negara Indonesia, menurut polis pada Sabtu (9 Mei), antara tindakan tegas terbesar negara itu terhadap rangkaian pertaruhan digital haram.
Seramai 321 warga asing, kebanyakannya dari Vietnam, diberkas di sebuah bangunan komersial berhampiran kawasan Chinatown bandar itu yang disifatkan oleh para penyiasat sebagai sarang perjudian bagi lebih 70 laman web perjudian online, yang menyasarkan pemain di luar Indonesia, berdasarkan rekod pemasaran dan bukti digital yang dikumpulkan semasa serbuan.
Antara yang diberkas ialah 228 warga Vietnam, 57 rakyat China dan selebihnya dari Laos, Myanmar, Thailand, Malaysia dan Kemboja, kata Wira Satya Triputra, pengarah jenayah umum Kepolisian Negara Republik Indonesia.
Beliau berkata para penyiasat masih menjejaki penganjur serta penyumbang kewangan di sebalik rangkaian tersebut.
“Kami menahan suspek ketika mereka sedang menjalankan aktiviti berkaitan perjudian online,” kata Triputra dalam sidang media.
Beliau berkata operasi itu diatur secara tersusun, dengan pekerja diberikan peranan seperti khidmat pelanggan, telepemasaran dan pentadbiran kewangan.
Polis menganggarkan operasi itu berjalan selama kira-kira dua bulan.
Pihak berkuasa menyatakan banyak sindiket perjudian sering memindahkan operasi mereka untuk mengelakkan daripada dikesan, dan biasanya merekrut pekerja hijrahan untuk mengendalikan laman web serta perkhidmatan pelanggan.
Encik Triputra berkata ramai suspek memasuki Indonesia menggunakan visa pelawat jangka pendek dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan ketika bekerja dalam operasi tersebut, dan “pelanggaran imigresen turut dikesan selain kesalahan perjudian dan pengubahan wang haram”.
Polis merampas wang tunai dalam pelbagai mata wang, komputer, telefon bimbit, pasport serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan laman perjudian tersebut.
Pihak berkuasa percaya kumpulan itu mengendalikan sekurang-kurangnya 75 platform pertaruhan.
Setakat sehingga Sabtu (10 Mei), seramai 275 daripada yang ditahan telah dinamakan secara rasmi sebagai suspek, manakala yang lain masih disoal siasat, kata Encik Triputra.
Mereka yang didakwa boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sembilan tahun di bawah undang-undang jenayah dan imigresen Indonesia serta denda sebanyak 2 bilion rupiah (S$145,800).
Operasi jenayah rentas sempadan yang serupa dikesan sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Surabaya, Bali dan Batam, yang menunjukkan keperluan untuk penyelarasan lebih ketat antara agensi penguatkuasaan dan pemerintah bagi membanteras perjudian online serta penipuan berkaitan dengan kegiatan itu, kata Untung Widyatmoko, yang juga Setiausaha Biro Interpol Indonesia.
Beliau berkata pihak berkuasa turut mengesan tanda-tanda yang menunjukkan pengendali perjudian online yang sebelum ini berpangkalan di Kemboja kini memindahkan operasi ke negara lain termasuk Indonesia selepas tindakan penguatkuasaan di sana dipertingkatkan.
“Selepas tindakan penguatkuasaan di Kemboja, kami mula melihat peralihan ke Indonesia, dan itu sesuatu yang telah kami jangkakan,” kata Encik Widyatmoko.
Perjudian secara online diharamkan di Indonesia, iaitu negara dengan bilangan terbesar umat Islam di dunia, yang kini memperhebatkan penguatkuasaan berikutan kebimbangan terhadap jenayah terancang dan operasi siber rentas sempadan.
Polis menyatakan siasatan ini boleh membawa kepada penahanan tambahan yang berkaitan dengan rangkaian antarabangsa.

Sumber : AP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.