Polis Indonesia beri amaran trend baharu salah guna dadah libatkan ketamin dan etomidate
Ketua Polis Negara Indonesia memberi amaran mengenai trend terbaharu dan membimbangkan dalam penyalahgunaan dadah membabitkan ketamin dan etomidate - dua bahan yang masih belum dikawal di bawah undang-undang narkotik negara itu.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Ketua Polis Negara Indonesia memberi amaran mengenai trend terbaharu dan membimbangkan dalam penyalahgunaan dadah membabitkan ketamin dan etomidate - dua bahan yang masih belum dikawal di bawah undang-undang narkotik negara itu.
Ketamin dan etomidate ialah ubat bius yang diluluskan untuk perubatan, namun boleh mendatangkan risiko tinggi terhadap sistem saraf dan pernafasan jika disalahgunakan.
Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata pihaknya mendapati pengguna menyedut ketamin melalui hidung dan mencampurkan etomidate ke dalam cecair rokok elektronik (vape) sebelum menggunakannya melalui pod.
“Bahan berbahaya ini belum diliputi oleh peraturan sedia ada, menyebabkan pengguna tidak boleh didakwa,” kata beliau pada majlis pemusnahan dadah di Jakarta pada Rabu (29 Okt), yang turut dihadiri Presiden Prabowo Subianto.
Beliau berkata polis, sebagai sebahagian daripada Badan Nasional Narkotik, Psikotropik dan Prekursor, sedang bekerjasama dengan Kumpulan Kerja Akses Ubat Kementerian Kesihatan untuk mengklasifikasikan ketamin dan etomidate sebagai bahan terkawal.
“Tujuannya adalah untuk memasukkan kedua-duanya ke dalam pindaan Undang-Undang Narkotik dan dalam jangka pendek, ke dalam lampiran peraturan Kementerian Kesihatan mengenai klasifikasi narkotik,” kata beliau sambil menambah langkah itu akan membolehkan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan sebaik sahaja bahan itu disenaraikan secara rasmi.
Pada majlis itu, sebanyak 214.84 tan dadah, dengan anggaran nilai sejumlah Rp29.37 trilion (S$2.33 bilion) dimusnahkan, menjadikannya pemusnahan dadah terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dadah berkenaan dirampas menerusi operasi dalam tahun pertama pentadbiran Encik Prabowo, dengan presiden sendiri mengetuai acara itu bagi menunjukkan komitmen pemerintah dalam membanteras penyalahgunaan dadah.
Encik Sigit berkata polis merekodkan 49,306 kes berkaitan dadah dan menahan 65,572 suspek antara Oktober 2024 hingga Oktober 2025.
Rampasan dadah termasuk ganja, syabu, pil ekstasi, kokain dan pil psikotropik, yang menurutnya mencegah penyalahgunaan berpotensi oleh jutaan orang serta menukar 118 kawasan berisiko tinggi dadah kepada kampung bebas dadah.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.