Skip to main content

Dunia

Polis Indonesia berdepan tekanan siasat Jokowi atas kesalahan rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Indonesia berdepan tekanan siasat Jokowi atas kesalahan rasuah

Mantan Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Jan 2025 07:38AM Dikemas Kini : 04 Jan 2025 07:40AM
JAKARTA: Polis Indonesia berdepan dengan tekanan untuk menyiasat mantan Presiden Joko Widodo atas kesalahan rasuah.

Ini selepas Projek Laporan Jenayah Terancang dan Rasuah (OCCRP), iaitu sebuah pertubuhan bukan mencari untung antarabangsa, yang terdiri daripada wartawan penyiasatan, mengumumkan pencalonan Encik Widodo sebagai finalis Individu Paling Banyak Terlibat dalam Kegiatan Rasuah bagi tahun 2024.

Gelaran itu kemudian diberikan kepada mantan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menyatakan bahawa laporan itu boleh dijadikan rujukan bagi badan antirasuah negara itu dan institusi lain seperti Polis Negara dan Pejabat Peguam Negara untuk menyiasat Encik Widodo serta keluarganya.
PDI-P telahpun memecat Encik Widodo secara rasminya pada bulan lalu.

Mengulas mengenai pencalonannya itu, Encik Widodo mempersoalkan kegiatan rasuah yang didakwa dilakukannya dan meminta bukti bagi dakwaan itu.

Sementara itu, seorang jurucakap agensi antirasuah, mengatakan bahawa sebarang bukti patut dibawa ke agensi pencegahan rasuah itu dan agensi-agensi lain.

Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan bahawa "semua rakyat Indonesia adalah sama di mata undang-undang".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita