Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis India tangkap 10 lelaki di bawah undang-undang baru anti-penukaran agama

Pemerintah federal dan pemerintah Uttar Pradesh dikuasai parti nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis India tangkap 10 lelaki di bawah undang-undang baru anti-penukaran agama

Undang-undang baru di India melarang pasangan menukar agama secara paksa selepas nikah. (Gambar: AP/Aijaz Rahi)

Diterbitkan : 07 Dec 2020 07:46PM Dikemas Kini : 07 Dec 2020 07:49PM

LUCKNOW: Polis di utara India menangkap 10 lelaki kerana didakwa memaksa wanita menukar agama mereka selepas bernikah dengan menggunakan undang-undang anti-penukaran baru yang popular dengan nama undang-undang "Cinta Jihad", kata para pegawai hari ini (7 Dis).

Bulan lalu, bandar Uttar Pradesh menjadi wilayah pertama di India untuk meluluskan undang-undang yang menentang penukaran agama secara paksa atau penipuan dengan hukuman penjara dikenakan terhadap sesiapa yang memaksa orang lain menukar agama mereka atau membuat mereka menukar agama melalui perkahwinan.

Undang-undang anti-penukaran itu tidak menamakan mana-mana agama tetapi para pengkiritik menyifatkannya sebagai Islamophobia kerana bertujuan mencegah "Cinta Jihad".

Kumpulan Hindu tegar negara itu menyifatkannya sebagai satu komplot untuk menukar agama wanita Hindu kepada Islam dengan menabur janji terhadap cinta dan perkahiwnan.

Para pegawai di Uttar Pradesh, bandar India yang mempunyai paling ramai penduduk, berkata undang-undang itu akan membantu mencegah penukaran agama secara menipu dan direka untuk melindungi wanita muda.

Pemerintah federal dan pemerintah Uttar Pradesh dikuasai parti nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata.

Di bawah undang-undang baru itu, pasangan lelaki dan wanita berlainan agama perlu memberi notis dua bulan kepada magistret daerah sebelum mereka bernikah dan mereka akan diberi izin jika tiada pihak yang membantah. 

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan