Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis India berkas pendakwah radikal Sikh

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Polis India memberkas anggota puak pemisah Amritpal Singh selepas memburunya selama lebih sebulan, menurut kenyataan polis pada Ahad (23 Apr).

Singh, seorang pendakwah dari barat laut wilayah Punjab, di mana kaum Singh adalah kaum majoriti, menghidupkan kembali perbualan tentang sebuah tanah air milik kaum Sikh dan menakut-nakutkan penduduk dengan kemungkinan berulangannya keganasan yang meragut puluhan ribu nyawa pada tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Wilayah Punjab mengalami pemberontakan pada tahun1980-an yang mengakibatkan kematian Perdana Menteri India ketika itu, Indira Gandhi, oleh pengawal peribadinya yang berbangsa Sikh
di kediamannya di New Delhi. Kematiannya mencetuskan rusuhan yang ganas oleh penyokongnya yang beragama Hindu menentang kaum Sikh di utara India.

Polis menuduh Singh dan penyokongnya atas percubaan membunuh, menghalang penguatkuasaan undang-undang dan menyebabkan pecah-belah antara kaum. Ia menambah bahawa dia sudah melarikan diri sejak Mac.

PERHATIAN NEGARA

Singh mendapat perhatian negara pada Februari apabila ratusan penyokongnya menceroboh sebuah stesen polis di Ajnala, sebuah bandar di Punjab, bersenjatakan belantan, pedang dan pistol, dalam usaha meminta rakan mereka dilepaskan.


Tidak banyak yang diketahui tentang Singh sehingga dia tiba di wilayah Punjab pada 2022 dan mula mengetuai perarakan yang meminta perlindungan terhadap hak kaum Sikh. Mereka terdiri daripada 1.7 peratus penduduk India.

WARIS PUNJAB

Singh juga mengetuai Waris Punjab De, atau Waris Punjab, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam kempen besar-besaran untuk menggesa para petani menentang undang-undang pertanian yang diperkenalkan oleh pemerintahan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Undang-undang itu mencetuskan tunjuk perasaan yang bermula pada 2020. Kebanyakan petani Sikh yang berasal dari wilayah Punjab, berkhemah di pinggir Delhi sepanjang musim sejuk yang melampau dan jangkitan koronavirus yang teruk. Tunjuk perasaan itu berakhir selepas pemerintahan Encik Modi menarik balik undang-undang tersebut pada November 2021.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan