Polis India beri pampasan S$16,160 kepada suami pelancong dirogol bergilir-gilir
Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa dan suami berkongsi tentang pengalaman ngeri mereka di media sosial. (Gambar: vueltaalmundoenmoto/Instagram)
JHARKHAND: Polis India memberikan pampasan Rs.10 lakh (S$16,160) kepada wanita asal Sepanyol yang dirogol beramai-ramai di Dumka pada Jumaat (1 Mac).
Timbalan Pesuruhjaya A Dodde menyerahkan cek Rs.10 lakh itu kepada suami mangsa.
Menurut India Today, mangsa sedang mengembara dengan menaiki motosikal bersama suaminya.
Beliau dipercayai dirogol beramai-ramai semasa sedang berehat dalam khemah bersama suaminya di satu lokasi yang terletak sekitar 300km dari ibu kota Ranchi.
Suami mangsa menerima pampasan dan mengucapkan terima kasih kepada polis kerana segera menyiasat kes tersebut, lapor India Today.
Tujuh orang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.
Polis tempatan bagaimanapun baru memberkas tiga suspek sejauh ini. Empat yang lain sedang diburu.
Timbalan Pesuruhjaya itu berkata pasangan tersebut akan meninggalkan Dumka pada Selasa (12 Mac) di bawah perlindungan polis.
"Kami bersedia menyediakan sebarang bantuan yang diperlukan mereka," katanya.
Mangsa, 28 tahun, dan suaminya, 64 tahun, mengembara ke Dumka dengan menaiki motosikal dari Bangladesh. Mereka seharusnya ke Bhagalpur di Bihar selepas berehat di Dumka. Destinasi akhir mereka adalah Nepal.
Pasangan itu sedang melancong untuk menjelajah Asia dan mereka mempunyai visa pelancong untuk ke India. Mereka awalnya ke Pakistan dan dari situ meneruskan perjalanan ke Bangladesh, sebelum tiba di Dumka.
Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Jharkhand pada Isnin (4 Mac) mengemukakan sendiri kes rogol beramai-ramai wanita Sepanyol itu dan meminta pemerintah memfailkan laporan, menurut India Today.
Kes akan kembali dibicarakan di mahkamah pada 7 Mac.
"Sebarang jenayah terhadap warga asing boleh mempunyai kesan serius di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk menjejas ekonomi pelancongan negara. Satu tindakan seksual terhadap wanita asing akan menjejas imej negara, sekali gus nama baik India di mata dunia," tegas mahkamah.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.