Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong tembak penunjuk perasaan di dada

Seorang pegawai polis Hong Kong menembak sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan di dada semasa pertempuran disiarkan secara langsung di Facebook pagi tadi (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong tembak penunjuk perasaan di dada

Seorang pegawai polis Hong Kong dilihat menembak penunjuk perasaan di bahagian dada pada 11 Nov 2019 (Petikan skrin: Twitter/Galileo Cheng)

Diterbitkan : 11 Nov 2019 09:13AM Dikemas Kini : 11 Nov 2019 09:16AM

HONG KONG: Seorang pegawai polis Hong Kong menembak sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan di dada semasa pertempuran disiarkan secara langsung di Facebook pagi tadi (11 Nov).

Rakaman video menunjukkan seorang pegawai polis mengacukan senjatanya di daerah Sai Wan Ho dan kemudian cuba menahan seorang lelaki bertopeng di persimpangan jalan yang dikepung oleh para penunjuk perasaan.

Seorang lagi lelaki bertopeng kemudian menghampiri pegawai tersebut dan kelihatan ditembak pada bahagian dada lalu rebah dengan serta-merta.

Beberapa saat kemudian dua lagi tembakan peluru hidup dilepaskan oleh pegawai tersebut dalam satu pergelutan dan seorang lagi lelaki bertopeng rebah, namun rakaman video itu kurang jelas sama ada lelaki tersebut juga ditembak.

Sumber : AFP/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa