Skip to main content

Dunia

Polis Hong Kong rampas kimia berbahaya, bom buatan sendiri di bangunan terbengkalai

Polis Hong Kong merampas 14 kilogram kimia berbahaya serta bom buatan sendiri di sebuah bangunan terbengkalai di daerah Kowloon.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Hong Kong rampas kimia berbahaya, bom buatan sendiri di bangunan terbengkalai

Pegawai polis di Hong Kong. (Gambar hiasan: AFP/JOHANNES EISELE)

Diterbitkan : 03 May 2020 05:13PM Dikemas Kini : 03 May 2020 05:23PM

HONG KONG: Polis Hong Kong merampas 14 kilogram kimia berbahaya serta bom buatan sendiri di sebuah bangunan terbengkalai di daerah Kowloon.

Penemuan tersebut adalah kes bom ke-11 yang ditangani polis Hong Kong sejak bantahan anti pemerintah tahun lalu.

Skuad bom Hong Kong juga menemui sebuah alat masak tekanan tinggi, telefon-telefon bimbit serta papan litar yang diubah suai di tapak yang sama.

Bahan sianida dan kloroform - kedua-dua kimia toksik - turut ditemui. Ia dipercayai dicuri dari Universiti Politeknik Hong Kong tahun lalu.

Pertempuran tercetus di kampus tersebut antara para penunjuk perasaan dengan pihak polis November lalu yang berpanjangan beberapa hari.

Para pegawai universiti kemudian melaporkan kecurian bahan-bahan berbahaya itu dari makmal-makmalnya.

Jumaat lalu (1 Mei), polis menangkap dua orang yang dikaitkan dengan kes kebakaran di Kowloon.

Suspek-suspek dipercayai mungkin sedang menghasilkan bom petrol dalam pangsapuri terbabit.

Awal dari itu, seorang budak lelaki 15 tahun diberkas kerana mempunyai apa yang disyaki bom petrol.

Pejabat Hubungan China di Hong Kong mengecam kes tersebut sebagai perbuatan pelampau yang menganjurkan rapat Hari Buruh dan melempar bom petrol dalam rapat tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita