Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Hong Kong cari bahan bukti lanjut kes pembunuhan kejam sosialit Abby Choi

Polis Hong Kong mula menggeledah sebuah tapak pelupusan sampah pada Selasa (28 Feb) untuk mencari bahan bukti berkaitan dengan pembunuhan kejam peragawati Abby Choi, di mana bahagian anggota tubuhnya yang dikerat-kerat ditemui dalam sebuah peti sejuk dan periuk.

Anggaran Waktu Membaca:

HONG KONG: Polis Hong Kong mula menggeledah sebuah tapak pelupusan sampah pada Selasa (28 Feb) untuk mencari bahan bukti berkaitan dengan pembunuhan kejam peragawati Abby Choi, di mana bahagian anggota tubuhnya yang dikerat-kerat ditemui dalam sebuah peti sejuk dan periuk.

Bekas suaminya, Alex Kwong, bekas bapa mentuanya, Kwong Kau, dan saudara lelaki bekas suaminya, Anthony Kwong, dikenakan tuduhan membunuh selepas polis menemui bahagian anggota tubuh mangsa di sebuah rumah yang disewa Kwong Kau di kawasan luar bandar Hong Kong berhampiran dengan sempadan China.

Ibu Alex Kwong, Jenny Li, berdepan satu tuduhan kerana cuba menghalang proses keadilan. Keempat-empat individu itu ditahan tanpa ikat jamin.

Mereka belum lagi mengemukakan rayuan masing-masing dan para peguam mereka nampaknya tidak memberi ulasan mengenai kes itu kepada pihak media. 

Perbicaraan kes tersebut ditangguhkan sehingga Mei.

Pada pagi Selasa, lebih 100 pegawai lengkap berpakaian sut perlindungan pergi ke Tapak Pelupusan Sampah Wilayah Baru Timur Laut di Ta Kwu Ling, yang terletak sekitar 15 minit dari tanah besar China, untuk mencari bahagian tubuh mangsa yang hilang, dengan menggunakan jengkaut dan penyodok.

Polis sebelum ini menyatakan pihaknyaa masih mencari bahagian tangan dan tubuh mangsa.

"Suspek-suspek membuang beberapa beg yang berisi bukti-bukti penting pada pagi 22 Februari. Ia mungkin mengandungi beberapa anggota tubuh atau pakaian dan telefon bimbit mangsa, atau bahkan senjata yang digunakan," kata Superintenden Alan Chung kepada wartawan.

Encik Chung berkata mereka belum lagi menemui apa-apa yang penting, melainkan tulang-temulang, yang mana polis tidak dapat mengesahkan sama ada ia milik manusia atau haiwan.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan