Polis hentikan proses kenal pasti bahagian tubuh penumpang, kakitangan Lion Air
Polis Indonesia akan menghentikan proses mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh penumpang dan kakitangan pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu selepas kiraan terakhir dilakukan hari ini. (23 Nov)
JAKARTA: Polis Indonesia akan menghentikan proses mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh penumpang dan kakitangan pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu selepas kiraan terakhir dilakukan hari ini. (23 Nov)
Pihak berkuasa dilaporkan sudah dapat mengenal pasti identiti 107 orang yang menaiki pesawat itu menerusi bahagian-bahagian tubuh yang ditemui di laut.
Pesawat Lion Air itu membawa 189 penumpang dan kakitangan. Ia terhempas tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta pada 29 Oktober lalu.
Jawatankuasa Pengangkutan dan Keselamatan Indonesia dijangka mengumumkan hasil siasatan awal tragedi itu pada minggu depan.
Pihak Lion Air pula menyatakan ia akan menghulurkan pampasan kepada setiap keluarga mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.