Polis Guangzhou tahan suspek selepas serangan pisau cederakan pejalan kaki
Bendera nasional China berkibar di muara Sungai Yalu di Dandong, wilayah Liaoning, China, pada 8 Jun 2026. (Gambar fail: Reuters/Maxim Shemetov)
Menurut amaran yang dikeluarkan cawangan daerah Panyu, Biro Keselamatan Awam Perbandaran Guangzhou, perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai beberapa serangan menggunakan pisau di hadapan sebuah restoran hotpot di Pulau Xiaoguwei, sekitar pukul 5.20 petang waktu tempatan.
Dalam catatan di media sosial, biro itu menyatakan bahawa polis segera tiba di lokasi dan mereka yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Tiada seorang pun dilaporkan mengalami kecederaan yang mengancam nyawa selepas menerima rawatan.
Suspek lelaki berusia 35 tahun itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Li, sudah ditahan dan biro itu menyatakan kes berkenaan masih disiasat.
Pulau itu menempatkan kompleks taman universiti yang merangkumi beberapa universiti utama.
Pada awal Isnin (14 Sep), catatan online tersebar mengenai serangan menggunakan pisau di pusat beli-belah Gogo Xintiandi di Guangzhou University City, Panyu, dengan imej beberapa individu yang cedera serta imej suspek yang dipercayai memakai pelitup muka turut tersebar.
Sesetengah catatan online mendakwa terdapat lebih daripada seorang penyerang, tetapi maklumat itu belum disahkan.
Rakaman CCTV yang dipercayai dimuat naik ke media sosial pada Isnin menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam menyerang seorang wanita di bahagian muka dengan pisau ketika dia melintas wanita itu di dalam sebuah pusat beli-belah.
Video lain menunjukkan wanita sama kemudian duduk di atas lantai dan ditenangkan oleh orang awam.
Satu lagi siri video yang memaparkan adegan ngeri dipercayai menunjukkan kesan daripada satu lagi serangan terhadap seorang wanita warga emas. Wanita itu dilihat duduk di luar bangunan dengan berlumuran darah, dengan sebilah pisau tertusuk di mukanya sambil menjerit meminta pertolongan.
Suspek yang mengacukan pisau dipercayai menyasarkan bahagian muka dan mata mangsa.
Rakaman video turut menunjukkan sepasukan polis bergegas masuk ke sebuah pusat beli-belah, serta apa yang kelihatan seperti usaha anggota polis menahan seorang suspek di dalam pusat beli-belah berkenaan.
Beberapa video yang dimuat naik mengenai kejadian itu telah dipadam daripada platform media sosial China, tetapi video lain yang dimuat naik ke platform Barat masih boleh diakses.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.