Skip to main content

Dunia

Polis Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan, termasuk warga SG

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan, termasuk warga SG

Pegawai polis menyerbu beberapa bangunan di Manila pada 27 Jun 2023. (Gambar: AFP/Jam Sta Rosa)



MANILA: Polis Filipina menyatakan pada Selasa (27 Jun) bahawa pihaknya sudah menyelamatkan lebih 1,000 orang yang disyaki diperdagangkan ke negara berkenaan untuk bekerja untuk sebuah kasino online di Manila.

Rakyat China, Vietnam, Singapura dan Malaysia adalah antara mangsa yang ditemui apabila polis negara itu melakukan serbuan di beberapa bangunan di ibu kota tersebut pada malam Isnin (26 Jun).

Pihak polis mengatakan bahawa mangsa disyaki menerima tawaran pekerjaan yang dimuat naik ke platform Facebook untuk bekerja di Filipina sebagai "pembantu di (syarikat) permainan online".

Sebanyak tujuh buah bangunan diserbu. Manakala, sekurang-kurangnya 1,190 warga asing dan 1,525 warga tempatan diselamatkan, menurut Michelle Sabino, seorang jurucakap kumpulan antijenayah siber Polis Negara Filipina.

Polis juga sedang menyiasat sekiranya pekerja-pekerja tersebut turut terlibat dalam penipuan cinta dan penipuan mata wang kripto, tambah Cik Sabino.


Kebimbangan antarabangsa berhubung helah internet di rantau Asia-Pasifik itu semakin meningkat, yang biasanya dikendalikan oleh mangsa pemerdagangan yang diperdaya atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan kripto palsu.


Sementara itu, Mediacorp sudah menghubungi Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dan polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita