Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Filipina buru pembunuh pelancong New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Filipina buru pembunuh pelancong New Zealand

(Gambar: AP/Pejabat Polis Wilayah Ibu Negara/Pejabat Maklumat Awam)

MANILA: Polis Filipina menjalankan operasi besar-besaran pada Rabu (22 Feb) memburu dua lelaki penunggang motosikal yang menembak dan membunuh seorang lelaki New Zealand dalam satu rompakan jalanan.

Para pegawai khuatir kejadian itu akan menakutkan pelancong asing datang ke negara itu.

Pelancong berusia 34 tahun itu, Nicholas Peter Stacey, mati ditembak di dadanya ketika cuba merampas pistol daripada salah satu daripada dua perombak yang menahannya dan temanitanya, seorang warga Filipina di jalan pinggir bandar di daerah kewangan Makati Manila, kata polis melalui kenyataan Mejar Jeneral Jonnel Estomo.

Beliau menambah telah mengarahkan polis untuk memburu spenjenayah terbabit sehingga dibawa ke muka pengadilan.

Meskipun beliau menyifatkan rompakan jalanan yang membawa maut itu sebagai satu "insiden terpencil", Mejar Estomo mengajui ia boleh menakutkan pelancong asing datang ke negara tersebut.

"Rondaan polis akan dipertingkat untuk mengelakkan kejadian berulang," kata Mejar Estomo yang mengetuai polis Manila Metropolitan.

Temanita mangsa, Pamela Gaye Villanoza, memberitahu penyiasat bahawa dia dan Encik Stacey baru saja tiba di wilayah ibu kota itu dari percutian mereka di wilayah Palawan. Mereka sedang berjalan ke sebuah kedai dobi pada awal pagi selepas menjelang tengah malam apabila kedua-dua suspek tersebut tiba-tiba menghampiri motosikal mereka.

Salah seorang daripada mereka turun dan mengacukan pistol ke arah pasangan tersebut sementara rakannya meletakkan motosikal mereka beberapa meter daripada kawasan itu.

Encik Stacey bergelut dengan lelaki bersenjata itu dan kemudian ditembak dan dibunuh, katanya.
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan