Skip to main content

Dunia

Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Apr 2018 12:26PM Dikemas Kini : 24 Apr 2018 12:08AM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bahawa lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari insiden berlaku.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berdekatan tempat insiden menunjukkan dua penyerang itu menunggu mangsa sekitar 20 minit sebelum beliau keluar dari kondominiumnya, menurut polis.

KPN @Fuzi_Harun menunjukkan lakaran wajah dua suspek yang dipercayai menembak mati warga Palestin, Dr Fadi di Setapak, Sabtu lepas. pic.twitter.com/OmSFTxKEXI

— BERNAMA (@bernamadotcom) April 23, 2018

"Berdasarkan lakaran imej, seorang daripada suspek berkulit cerah yang dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.

Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berbadan tegap," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, hari ini (23 Apr).

Sumber : Bernama/CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita