Polis ditikam beberapa kali di bandar Osaka
Seorang anggota polis ditikam beberapa kali di bandar Osaka.
OSAKA: Seorang anggota polis ditikam beberapa kali di bandar Osaka.
Penyerangnya melarikan diri bersama pistol mangsa yang berpeluru penuh.
Mangsa 26 tahun itu ditemui terbaring di lantai dengan sebilah pisau tercucuk di dadanya, sekitar 5:30 pagi tadi.
Anggota polis itu diserang di hadapan sebuah pos polis dan dalam keadaan tenat di sebuah hospital.
Polis percaya serangan itu sudah dirancang dan amaran dikeluarkan supaya orang ramai berjaga-jaga.
Suspek yang dipercayai dalam lingkungan 30-an tahun, menghadapi tuduhan merompak dan cuba membunuh.
Baru bulan lalu, seorang lelaki menikam seorang budak perempuan dan seorang dewasa serta menyebabkan kecederaan ke atas 17 orang yang lain, dekat Tokyo.
Kejadian di Osaka itu berlaku menjelang Sidang G20 di bandar Jepun itu, lewat bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.