Polis Denmark siasat 2 letupan dekat Kedutaan Israel di Copenhagen
Polis Denmark menyatakan pada Rabu (2 Okt) bahawa ia sedang menyiasat dua letupan yang berlaku berhampiran dengan bangunan Kedutaan Israel di pinggir utara Copenhagen.
Anggaran Waktu Membaca:
COPENHAGEN: Polis Denmark menyatakan pada Rabu (2 Okt) bahawa ia sedang menyiasat dua letupan yang berlaku berhampiran dengan bangunan Kedutaan Israel di pinggir utara Copenhagen.
"Tiada seorang pun yang cedera, dan kami sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian," menurut Polis Copenhagan di wadah media sosial X.
"Ia mungkin ada kaitan dengan Kedutaan Israel, yang terletak di kawasan itu, dan ia sedang disiasat," menurut Polis Copenhagen.
Menurut laporan media tempatan, sebahagian kawasan itu telah dikepung oleh pihak polis.
Akhbar BT melaporkan para penyiasat kelihatan memakai seragam perlindungan diri sedang mereka mencari bukti di sekitar kawasan itu.
Kedutaan Israel tidak dapat dihubungi oleh Reuters untuk mendapatkan komen.
Polis menyatakan pihaknya akan memberi kemas kini berhubung siasatan itu pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.