Skip to main content

Dunia

Polis China, Thailand berkas 12 suspek terbabit operasi sindiket penipuan

Polis China dan Thailand memberkas 12 suspek jenayah tempatan dan luar negara terbabit dalam satu operasi skim penipuan yang menyebabkan beberapa warga China diculik dan dilaporkan hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis China, Thailand berkas 12 suspek terbabit operasi sindiket penipuan

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 17 Jan 2025 05:38PM Dikemas Kini : 17 Jan 2025 05:47PM
BEIJING: Polis China dan Thailand memberkas 12 suspek jenayah tempatan dan luar negara terbabit dalam satu operasi skim penipuan yang menyebabkan beberapa warga China diculik dan dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan, kementerian keselamatan negara China telah berikrar akan teruskan dengan "langkah tindakan tekanan tinggi" terhadap skim penipuan rangkaian telekom rentas sempadan itu.

Pada Khamis (16 Jan), Menteri Luar Wang Yi menggesa negara-negara Asia Tenggara mengambil tindakan terhadap perjudian online dan penipuan telekom, sambil menambah rentetan kes sedemikian berlaku di sempadan antara Thailand dengan Myanmar dan telah mengancam serta menimbulkan bahaya kepada warga China dan rakyat negara-negara lain.
Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita