Polis buru suspek tembak Wakil Rakyat Minnesota
Gambar daripada Dewan Perundangan Minnesota memaparkan dari kiri, Senator John A. Hoffman dan wakil Republican Melissa Hortman. (Gambar: AP/Minnesota Legislature)
This audio is generated by an AI tool.
Wakil Rakyat Negeri Melissa Hortman dan suaminya terbunuh dalam serangan tembakan itu di Brooklyn Park.
Sementara itu, Senator negeri John Hoffman dan isterinya cedera parah selepas ditembak berkali-kali di kediaman mereka.
Polis mendakwa suspek menyamar sebagai seorang pegawai polis apabila melakukan serangan itu.
Suspek dikenal pasti sebagai Vance Luther Boelter, 57 tahun.
Para penduduk di dua kawasan pinggir bandar Minneapolis juga dinasihati supaya jangan keluar rumah sementara operasi memburu suspek masih dijalankan.
Senator Amerika Syarikat dari Minnesota Amy Klobuchar mengesahkan identiti mangsa dalam satu catatan di platform X dan menyifatkan insiden itu sebagai “tindakan keganasan yang mengejutkan.”
Gabenor Minnesota Tim Walz akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk “mengetengahkan isu keganasan yang menyasarkan penggubal undang-undang.”
Dalam satu catatan di X, Encik Walz berkata beliau “dimaklumkan pagi ini (15 Jun) tentang kejadian membabitkan insiden tembakan bersasar di Champlin dan Brooklyn Park. Jabatan Keselamatan Awam Minnesota dan penguat kuasa tempatan berada di lokasi .”
Dalam catatan susulan, Encik Walz berkata beliau mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan Minnesota dan mengerahkan semua sumber negeri untuk bantu polis di kedua-dua kawasan terbabit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.