Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis buru lelaki lepaskan tembakan, rompak bank di Shah Alam

Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melepaskan sedas tembakan sebelum menyamun sebuah bank di Seksyen 13.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis buru lelaki lepaskan tembakan, rompak bank di Shah Alam

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 23 Apr 2020 08:02AM Dikemas Kini : 23 Apr 2020 08:04AM

SHAH ALAM: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melepaskan sedas tembakan sebelum menyamun sebuah bank di Seksyen 13.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata dalam kejadian pukul 2.45 petang pada Rabu (22 Apr) , suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan tembakan pada pintu laluan masuk ke kaunter juruwang dan memaksa petugas menyerahkan wang.

Beliau berkata ketika kejadian, hanya empat pekerja serta seorang pengawal keselamatan sedang bertugas dan kesemua mereka tidak dicederakan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup bank, suspek dilihat memakai ‘windbreaker’ berwarna hijau gelap yang menutup bahagian kepala serta memakai penutup hidung dan mulut warna hitam.

“Daripada rakaman itu juga suspek dilihat mempunyai bentuk badan kurus dan tinggi. Wang sebanyak RM3,716 (S$1,217) dilarikan lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut ACP Baharudin, hasil siasatan menemukan satu kelongsong peluru dan sebutir anak peluru di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Akta Senjatapi (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan