Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis AS buru lelaki bersenjata bunuh tiga orang di Washington

Seorang lelaki bersenjata yang menembak mati tiga orang dalam apa yang sifatkan oleh polis sebagai serangan rambang kini diburu di Washington, wilayah barat Amerika Syarikat pada Selasa (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis AS buru lelaki bersenjata bunuh tiga orang di Washington

(Gambar: Jabatan Polis Yakima menerusi AP)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 07:38AM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 07:38AM

LOS ANGELES: Seorang lelaki bersenjata yang menembak mati tiga orang dalam apa yang sifatkan oleh polis sebagai serangan rambang kini diburu di Washington, wilayah barat Amerika Syarikat pada Selasa (24 Jan).

Serangan itu berlaku selepas dua serangan tembakan besar-besaran di California yang menyebabkan 18 maut, sedang Amerika Syarikat sekali lagi bergelut dengan keganasan senjata yang meningkat.

Polis di bandar Yakima berkata seorang lelaki membunuh tiga orang di sebuah kedai serbaneka pada Selasa malam dalam apa yang dipercayai sebagai satu serangan tanpa provokasi.

"Ia kelihatan seolah-olah berlaku secara rambang," kata Ketua Polis Yakima Matthew Murray.

"Tiada konflik antara kedua-dua pihak. Mereka berjalan masuk lalu mula melepaskan tembakan."

Encik Murray berkata para pegawai sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup dari kawasan sekitar kedai Circle K itu selepas serangan  berlaku pada pukul 3.30 pagi.

"Tembakan pertama berlaku di dalam kedai itu. Kemudian pelakunya keluar dari kedai itu lalu menembak mangsa yang berada di luar kedai sebelum menyeberang jalan dan menembak seorang lagi individu.

"Kami mengesahkan tiga individu maut dalam kejadian itu."

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Jarid Haddock, warga tempatan berusia 21 tahun, kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang dicuri dari sebuah stesen gas berhampiran, kata Encik Murray.

Polis pada awalnya percaya ada mangsa keempat dalam kereta itu, namun kemudian mengatakan tidak ada lagi mangsa yang cedera.

"Lelaki itu seorang individu yang berbahaya dan ia berlaku secara rambang justeru menimbulkan bahaya kepada masyarakat," katanya.

"Kami tidak tahu motifnya, kami tidak tahu sebabnya. Kami akan lakukan sedaya upaya untuk mengesan dan menangkap individu tersebut."

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa