Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Britain berkas suspek serangan panah selepas 3 wanita terbunuh

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Polis Britain menyatakan pada Rabu (10 Jul) bahawa seorang lelaki berusia 26 tahun sudah ditahan selepas isteri dan dua anak perempuan pengulas perlumbaan di radio dibunuh dengan panahan busur silang dalam serangan yang disyaki "menyasarkan" para mangsa itu.

Kyle Clifford, dari Enfield di utara London, dikehendaki berhubung kematian tiga mangsa itu di bandar Bushey, utara London, pada Selasa malam.

Mangsa ialah Carol Hunt, isteri pengulas perlumbaan radio BBC dan Sky Sports John Hunt, 61 tahun, dan dua anak perempuan mereka, Louise, 25 tahun, dan Hannah, 28 tahun, menurut penyiar itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (10 Jul), polis menyatakan Clifford, yang ditemui oleh pegawai di Enfield, "dikenali oleh mangsa" dan tiada suspek tambahan sedang dicari.

Clifford "menerima rawatan perubatan setelah didapati mengalami kecederaan", menurut polis.

Tiada penangkapan rasmi dibuat, menurut polis selanjutnya.

Ketua Superintenden Jon Simpson menyifatkannya sebagai "kejadian ngeri melibatkan apa yang kini dipercayai sebagai panah, tetapi senjata lain mungkin juga telah digunakan".

Sebuah sekolah rendah di Enfield yang terletak berdekatan tidak membenarkan kanak-kanak meninggalkan premis sekolah tersebut semasa pemeriksaan polis.

Tiada lesen diperlukan untuk memiliki busur silang di Britain, tetapi dilarang membawanya di khalayak ramai tanpa alasan yang munasabah.

Menteri Dalam Negeri Yvette Cooper menyifatkan kematian itu "benar-benar mengejutkan" dan turut mendedahkan bahawa beliau akan terus dimaklumkan mengenai hasil siasatan yang dijalankan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan