Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Brazil gagalkan cubaan serangan bom di konsert Lady Gaga

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Brazil gagalkan cubaan serangan bom di konsert Lady Gaga

Lady Gaga membuat persembahan semasa konsert percumanya di pantai Copacabana Beach di Rio de Janeiro pada 3 Mei 2025. (Gambar: AP/Silvia Izquierdo)

Diterbitkan : 05 May 2025 08:46AM Dikemas Kini : 05 May 2025 08:48AM

BRASILIA: Polis Brazil menyatakan pada Ahad (4 Mei) bahawa ia telah menangkap dua individu yang dipercayai ada kaitan dengan percubaan untuk melakukan serangan di konsert besar-besaran Lady Gaga di Rio de Janeiro.

Pasukan polis awam Rio menyatakan bahawa "bersama-sama dengan kementerian keadilan", ia berjaya "mencegah serangan bom yang boleh berlaku di konsert Lady Gaga di Copacabana" pada Sabtu malam.

Beberapa pegawai berkata konsert percuma besar-besaran di kawasan pantai, yang juga konsert pertama Lady Gaga di Brazil sejak 2012, menarik lebih dua juta orang.

Menulis di laman X, polis Rio menyatakan pihaknya memberkas seorang dewasa yang "bertanggungjawab atas percubaan itu" serta seorang remaja dalam operasi yang diberi nama "Fake Monster", rujukan kepada gelaran diva pop Amerika Syarikat itu untuk peminatnya, "Little Monsters".

Ia menyatakan mereka yang terlibat telah mencari ahli secara online bagi "menjalankan serangan menggunakan bahan letupan yang diubah suai" dan bom botol sebagai satu cabaran kolektif dengan tujuan untuk "meraih perhatian di media sosial".

Polis menambah bahawa kumpulan di sebalik percubaan untuk "menyebarkan mesej kebencian" adalah belia yang menjadi radikal dan sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan perhatian di platform media sosial.

Polis melancarkan serbuan di Rio de Janeiro serta wilayah Sao Paulo, Rio Grande do Sul, dan Mato Grosso.

Konsert Lady Gaga adalah persembahan kedua dengan jutaan peminat di pantai Copacabana selepas konsert besar-besaran oleh Madonna tahun lalu.

Keselamatan amat ketara bagi konsert pada Sabtu itu, dengan sekitar 5,000 pegawai, dron dan kamera pengawasan dan pengecaman wajah digunakan.

Bintang pop berusia 39 tahun itu terkejut dengan berita mengenai percubaan serangan yang berjaya dipatahkan itu.

Konsert itu adalah sebahagian daripada strategi Rio untuk mengadakan konsert mega pada bulan Mei dalam usaha meningkatkan pelancongan semasa apa yang dianggap sebagai musim senggang.

Peminat Lady Gaga berpusu-pusu ke Rio, iaitu bandar yang dikenali dengan karnival tahunan yang menarik ratusan ribu pelancong dari merata dunia.

Datuk Bandar Eduardo Paes juga memberi bayangan bahawa beliau merancang untuk menerbangkan kugiran rok dari Ireland U2, meskipun tiada tarikh diumumkan.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan