Polis AS berkas pendatang haram yang disyaki tembak mati polis
Seorang lelaki pendatang haram, yang disyaki menembak mati seorang polis, akhirnya ditangkap selepas gerakan memburunya selama dua hari, di Carlifornia.
LOS ANGELES: Seorang lelaki pendatang haram, yang disyaki menembak mati seorang polis, akhirnya ditangkap selepas gerakan memburunya selama dua hari, di Carlifornia.
Menurut pihak berkuasa, lelaki itu berada di Amerika Syarikat secara haram dan berjaya diberkas ketika merancang untuk melarikan diri ke negara asalnya, Mexico.
Suspek, Gustavo Perez Arriaga menyerah diri kepada pasukan SWAT di sebuah rumah di Bakersfield, kira-kira 320 kilometer dari tempat di mana pegawai polis, Ronil Singh, ditembak pada Rabu lalu.
Arriaga dituduh menembak mati pegawai polis itu yang cuba memeriksa suspek kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Arriaga, 33 tahun, pernah ditangkap atas kesalahan yang sama sebanyak dua kali sebelumnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.