Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Bali tembak mati perompak Rusia

Polis Bali menembak mati seorang lelaki rakyat Rusia menyusuli kes rompakan ganas di sebuah pejabat pengurup wang, menurut para pegawai pada Jumaat (22 Mac). Lagi dua rakan subahatnya turut ditangkap manakala beberapa lain masih lagi bebas.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Bali tembak mati perompak Rusia

Para kakitangan pejabat pengurup wang Bali dipukul dan diikat dengan pita pelekat diletakkan pada mulut mereka. (Gambar: Sonny Tumbelaka/AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 10:48PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 10:52PM

DENPASAR: Polis Bali menembak mati seorang lelaki rakyat Rusia menyusuli kes rompakan ganas di sebuah pejabat pengurup wang, menurut para pegawai pada Jumaat (22 Mac). Lagi dua rakan subahatnya turut ditangkap manakala beberapa lain masih lagi bebas.

Lelaki berkenaan ditembak mati pada Selasa (19 Mac) di pulau peranginan Indonesia itu selepas pihak polis memberi respons kepada panggilan mengenai rompakan tersebut dan berhadapan kumpulan bersenjata itu, menurut para pegawai.

Tiga lelaki, termasuk lelaki yang maut itu, memecah masuk pejabat pengurup wang itu dan memukul beberapa kakitangan pejabat tersebut sehingga mereka tidak sedar.

Kakitangan itu diikat dengan pita pelekat diletakkan pada mulut mangsa, menurut polis. Mereka akhirnya berjaya membebaskan diri mereka dan menghubungi pihak berkuasa.

Polis juga berjaya mengesan suspek-suspek yang melarikan diri, namun ketika berusaha untuk menangkap mereka, salah seorang suspek cuba menyerang para pegawai tersebut.

"Seorang pegawai yang tidak bersenjata cuba untuk melawan suspek, namun oleh kerana situasi amat membahayakan bagi para anggota kami, seorang lagi pegawai yang bersenjata mengambil lanngkah-langkah tegas terhadap suspek itu... dia kemudian mati," kata ketua polis Denpasar, Ruddi Setiawan, kepada para wartawan.

Polis mengenal pasti lelaki rakyat Rusia itu sebagai Alexei Korotkikh, 45 tahun.

Kedutaan Rusia mengesahkan bahawa salah seorang rakyatnya ditembak mati di Bali. "Dua lagi, seorang rakyat Ukraine dan seorang rakyat Rusia, juga ditahan," menurutnya.

Kedutaan itu menyatakan bahawa rakyat Rusia yang ditahan mengalami kecederaan. Ia menambah bahawa empat yang lain masih bebas, dan "kerakyatan mereka tidak diketahui buat masa ini".

Menurut kedutaan itu, kumpulan tersebut disyaki merompak sebuah kedai pengurup wang pada Disember lalu, dan dalam satu kes berasingan, ia juga merompak senjata. Kedutaan itu bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut.

Wang tunai bernilai AS$70,000 (S$94,600) dalam mata wang Rupiah Indonesia dan dolar Amerika dilaporkan dicuri, menurut polis.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan