Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis antara 61 maut, 150 cedera dalam letupan masjid Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
Polis antara 61 maut, 150 cedera dalam letupan masjid Pakistan

Pegawai keselamatan menyiasat tempat kejadian sebuah letupan di Peshawar pada 30 Januari 2023. (Gambar: Maaz Ali/AFP)

PESHAWAR: Para anggota polis adalah antara 61 orang yang terbunuh dan 150 yang cedera dalam letupan yang berlaku di sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan ibu pejabat polis Pakistan pada Isnin (30 Jan).

Pemerintah meletakkan negara itu dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi menyusuli letupan tersebut.

Sebahagian besar mangsa merupakan anggota polis yang menunaikan solat di dalam masjid yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat polis itu.

Ketika kejadian, kira-kira 260 individu dikatakan berada di dalam masjid berkenaan, lapor AP.

"Ramai pegawai polis tertimbus di bawah runtuhan," menurut Ketua Polis Peshawar Muhammad Ijaz Khan, yang menganggarkan antara 300 hingga 400 pegawai polis biasanya mendirikan solat di masjid tersebut. 

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana suspek memasuki masjid berkenaan yang merupakan kawasan yang dikawal ketat oleh para anggota pasukan keselamatan.

Sejauh ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut yang berlaku di tengah-tengah keadaan keselamatan yang semakin memburuk di Pakistan.

Serangan seumpama itu dikatakan sering berlaku sejak November sejurus selepas keputusan Taliban untuk menamatkan genjatan senjata.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan turut mengecam serangan berkenaan serta mengarahkan pasukan perubatan untuk memberi rawatan segera kepada para mangsa.

Ini termasuk ikrar untuk mengenakan tindakan yang setimpal terhadap pelaku yang mendalangi serangan bom terbabit.

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan