Skip to main content

Dunia

Polis akan panggil Anwar beri keterangan berhubung berita palsu

Encik Anwar Ibrahim dijangka memberi keterangan kepada polis dalam masa terdekat berhubung dakwaan Ketua Umum PKR itu disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis akan panggil Anwar beri keterangan berhubung berita palsu

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 08:37AM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 08:42AM

PORT DICKSON: Encik Anwar Ibrahim dijangka memberi keterangan kepada polis dalam masa terdekat berhubung dakwaan Ketua Umum PKR itu disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson itu sepatutnya memberi keterangan semalam (4 Okt) selepas dimaklumkan kepada pembantu peribadinya.

Bagaimanapun, katanya, sesi mengambil keterangan ditangguh kerana Encik Anwar sibuk dengan jadual kempennya yang padat.

"Kami masih menunggu masa sesuai untuk Encik Anwar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau pegawai penyiasat yang akan menemui beliau untuk mengambil keterangan,” katanya kepada para wartawan pada Jumaat (5 Okt).

Encik Mohd Faisal berkata setakat ini mereka sudah mengambil keterangan daripada empat individu termasuk pengadu iaitu Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, yang membuat laporan polis berhubung berita palsu berkenaan, Isnin lalu (1 Okt).

Beliau berkata tiga lagi individu lain ialah anggota Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam, wakil media dari Singapura serta wakil media Utusan Malaysia.

Encik Mohd Faisal berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 199 dan sebaik siasatan lengkap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk penelitian dan arahan selanjutnya.

Siasatan itu berhubung catatan Encik Lokman di Facebooknya mendakwa bahawa BERITAmediacorp melaporkan seorang pelajar Indonesia mengaku diliwat Encik Anwar dan membuat aduan polis di Singapura.

BERITAmediacorp menafikan menerbit serta menjadi sumber laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai berita palsu. Encik Lokman juga dimaklumkan supaya menurunkan berita itu.

BERITAmediacorp juga melaporkan bahawa pihak berkuasa Singapura menafikan wujudnya laporan polis berkenaan.

Catatan Facebook itu kemudian diturunkan dan Encik Lokman menjelaskan bahawa artikel tersebut tidak diterbitkan oleh Beritamediacorp.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita