Polis akan dikerah tangani rusuhan anti-Muslim, kata PM Starmer
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/PETER POWELL)
LIVERPOOL: Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata jumlah polis yang mencukupi akan membuat rondaan bagi menangani rusuhan anti-Muslim dan antipendatang dalam beberapa hari akan datang.
Ini selepas beliau memaklumkan kepada penduduk tempatan untuk bersedia berdepan lebih banyak rusuhan pada Rabu (7 Ogos).
Rusuhan di sejumlah bandar tercetus selepas tiga budak perempuan dibunuh di sebuah acara bertemakan Taylor Swift di Southport, sebuah bandar tepi laut di barat laut Britain. Maklumat palsu pula disebarkan di media sosial, yang mana ia, dengan salah, mengesyaki pembunuh sebagai pendatang beragama Islam.
Keganasan kemudian merebak, dengan perusuh menyasar masjid dan memecahkan tingkap hotel yang menempatkan pencari suaka dari Afrika dan Timur Tengah, sambil melaungkan "bawa mereka keluar dari sini", dalam kejadian keganasan besar-besaran di Britain sejak 13 tahun lalu.
Mesej online menyatakan pusat pendatang asing dan syarikat guaman yang membantu pendatang akan diserang pada Rabu, dengan kumpulan antifasis menyatakan mereka akan menentang sebarang rusuhan.
Berucap di mesyuarat tergempar bersama para menteri dan ketua polis pada Selasa (6 Ogos), Encik Starmer berkata polis akan dikerahkan untuk menangani sebarang gangguan.
"Tangunggjawab pertama kami adalah untuk memastikan masyarakat kami selamat," katanya.
Menurut Encik Starmer, kejadian yang berlaku di beberapa lokasi membuat keadaan lebih sukar, namun beliau diberi jaminan yang diperlukan bahawa polis akan menangani sebarang gangguan.
Kerajaan Britain sudah meningkatkan kapasiti penjara untuk tangani jumlah penangkapan yang ramai ketika rusuhan, yang menyebabkan beberapa negara memberi amaran kepada rakyatnya tentang ancaman di Britain.
Encik Starmer berkata lebih daripada 400 orang diberkas, dengan 100 sudah didakwa, dan beliau menjangkakan hukuman akan dijatuhkan ke atas mereka tidak lama lagi.
Tiga individu akan dijatuhkan hukuman di Liverpool, barat laut England, pada Rabu, selepas mengaku bersalah mengganggu ketenteraman awam dengan ganas, dedah Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.