Skip to main content

Dunia

Polis akan ambil keterangan Annuar Musa atas dakwaan langgar SOP

Polis akan mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis akan ambil keterangan Annuar Musa atas dakwaan langgar SOP

Encik Annuar Musa. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Feb 2021 07:46AM Dikemas Kini : 15 Feb 2021 07:49AM

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata pihaknya akan meminta Encik Annuar hadir untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya juga membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

"Keterangan beliau (Annuar Musa) akan diambil susulan satu laporan polis yang dibuat di Cheras hari ini,” katanya kepada Bernama pada Ahad (14 Feb).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita