PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungannya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia)
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk menjadi sebahagian anggota komponennya.
Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin berkata ketetapan itu dibuat semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Encik Muhyiddin Yassin pada Isnin (20 Mac).
Pada 2 Mac lalu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata parti itu telah menghantar permohonan untuk menyertai PN kepada Encik Muhyiddin, Presiden PAS Hadi Awang dan Presiden Gerakan Dr Dominic Lau.
Encik Hamzah berkata Majlis Tertinggi PN turut membuat ketetapan untuk mengekalkan penggunaan lambang gabungan politik itu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala lambang PAS digunakan bagi PRN Kelantan serta Terengganu.
“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri terbabit agar memperkukuh persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” menurutnya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata Majlis Tertinggi PN juga melantik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN manakala Encik Ronald Kiandee dilantik selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah.
Encik Mohd Radzi Jidin pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan manakala Encik Mohamad Siddiq Mohd Azani dan Encik Muhd Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif PN.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.