Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN serahkan kepada PAS putuskan persefahaman dengan UMNO

Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS untuk membuat kata putus berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Anggaran Waktu Membaca:
PN serahkan kepada PAS putuskan persefahaman dengan UMNO

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 08:38PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 08:43PM

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS untuk membuat kata putus berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu akan meneruskan strategi yang sudah dibincangkan dan dirancang serta bersedia dengan pertembungan tiga penjuru.

"UMNO di Perhimpunan Agung, ia telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini.

"Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka," kata Encik Muhyiddin kepada wartawan selepas menghadiri majlis minum petang bersama karyawan Melaka di Melaka hari ini (30 Okt).

Khamis lalu, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri  (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala hari penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November ini.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan