Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN selesai bahagi kerusi PRN Johor

Perikatan Nasional (PN) sudah selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Anggaran Waktu Membaca:
PN selesai bahagi kerusi PRN Johor

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan. (Gambar: BERNAMA)

BATU PAHAT: Perikatan Nasional (PN) sudah selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Menurut beliau, pembahagian kerusi yang melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan itu selesai sepenuhnya petang semalam (6 Feb) namun pengumuman calon hanya akan dilakukan selepas 11 Feb apabila PN selesai mengadakan beberapa program termasuk pelancaran jentera di Johor Bahru.

“Bagi kerusi yang dipertandingkan, kita akan fokus semua kerusi tetapi kita mempunyai beberapa tempat yang kita yakin ada peluang lebih baik,” katanya kepada para pemberita selepas program Jelajah Penerangan Isu Semasa malam tadi.

Wan Saiful berkata bagi kerusi tumpuan, ia akan diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PRN Johor Hamzah Zainuddin dan beliau telah menggariskan strategi besar untuk seluruh negeri.

Mengulas mengenai tindakan lebih 300 ahli Bersatu Bahagian Tanjung Piai keluar daripada parti itu dan menyertai Warisan, beliau berkata Bersatu tidak terkesan dengan perkara yang berlaku dan tetap akan bertanding di kawasan terbabit.

Menurut Wan Saiful, pengumuman keluar parti itu hanya dibuat oleh individu dan tidak menjejaskan struktur parti, malah keahlian mereka akan digantikan dengan orang lain.

Sumber : Bernama/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan