Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan Selangor pada PRN

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) menyasarkan memenangi 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada tahun ini.

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sekiranya sasaran itu dicapai, gabungan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membentuk kerajaan baru di negeri tersebut.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan sokongan pengundi terutama kaum Melayu kepada PN semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

"Malah, UMNO sendiri tiada kerusi Parlimen di Selangor (pada PRU15), jadi apabila kita sebut tentang pengundi Melayu di negeri ini, maka di situlah kekuatan kita (PN)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad (30 Apr).

Encik Roslan Shahir berkata, semasa PRU15 yang lalu, PN berjaya memenangi enam kerusi Parlimen termasuk di kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

"Tidak mustahil kita mampu memberi tentangan dan saingan sengit kepada PH kerana sasaran kita menang di 33 kerusi DUN yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.

"Saya mengambil contoh, Pesuruhjaya PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi menang di kerusi Parlimen Kuala Langat yang pengundi Melayu di situ sekitar 58.32 peratus sahaja," ujar beliau, seperti dipetik Sinar Harian.

Sehubungan itu, kata beliau, jika kecemerlangan dan sokongan itu diterjemah dalam PRN Selangor, beliau yakin kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH mampu ditewaskan di negeri tersebut.

"Kita tengok sentimen di bawah sehingga hari ini masih konsisten dan sokongan pengundi Melayu tidak akan berubah," tambahnya, dipetik Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan